adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Sunday 27 December 2015

Cirit Birit Dikalangan Bayi

Pernah tak ibu-ibu menghadapi situasi di mana bayi anda cirit birit selama beberapa hari sehingga menyebabkan bayi anda lesu dan tidak bermaya? 

pasti ibu-ibu risau dan tak keruan kan sepanjang hari melihat bayi kecil tak henti-henti  membuang air..ada yang sehingga lebih 10 kali dalam sehari..



Tahukah ibu-ibu, pakah punca yang menyebabkan cirit-birit dikalangan bayi ini?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia 5 tahun.

Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:
  • alergi (alergi dan alahan terhadap susu dan  makanan);
  • penyediaan susu formula yang tidak betul dan bersih;
  • selsema;
  • antibiotik;
  • keracunan makanan;
  • kekurangan enzim tertentu, walaupun ini sangat jarang. 

Bagaimana cara untuk anda merawat bayi yamg cirit birit?


1. Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. 

3. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solutionatau ORS) beberapa kali dalam sejam. 

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

5. Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

Bayi yang minum susu ibu dapat mengurangkan risiko cirit birit kerana
elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. 

Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal.

Jika anak anda berusia 6 bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 


Tapi, jangan bimbang jika bayi anda tidak mahu makan, cuma pastikan bayi anda minum air yang secukupnya untuk mengelakkannya terhidrat

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut segera bawak bayi anda berjumpa doktor

  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 

  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.

Tips untuk mengurangkan ketidakselesaan pada bayi cirit birit

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. 

Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. 

Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. 

Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.


Sumber babycenter.com.my

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...