adgroup

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Shaklee Independent Distributor | ID: 891272 | Penghantaran Seluruh Malaysia

Thursday 17 December 2015

Jaundis Pada Bayi Baru Lahir

Jaundis atau nama glamer nya di kalangan ibu-ibu 'demam kuning' kerap terjadi pada bayi baru lahir. Anak-anak saya juga tidak terkecuali terkena jaundis ketika baru dilahirkan. Mungkin juga disebabkan saya berdarah O .

Anak kedua pula terus jadi prolonged jaundis, jaundis smpi sebulan lebih baru betul- betul hilang. Risau betol masa tu tapi Alhamdulillah ank saya sihat lepas tu sekarang dah pun setahun 10bulan.

Walaupun peratusan untuk kebanyakan bayi mendapat jaundis adalah tinggi, tetapi adakah ibu-ibu semua tahu apa itu jaundis sebenarnya? bagaimana ia boleh berlaku dan apa punca nya?


Apa itu Jaundis?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). 

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 

• 50% bayi baru lahir yang cukup bulan akan menghidap jaundis pada hari ke-2 atau ke -3 kelahiran dan hilang setelah seminggu

• 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan akan menghidap jaundis antara 5 ke 7 hari selepas kelahiran dan biasanya hilang 2 bulan selepas kelahiran


Bagaimana Jaundis di rawat?

1. Susukan bayi anda dengan kerap, kalau boleh kejut bayi setiap jam untuk menyusu, penyusuan yg kerap dapat pulihkan jaundis bayi anda  kerana jaundis akan keluar melalui air kencing dan najis bayi.


Tetapi ada juga jaudis yang diakibatkan oleh susu ibu. Anda perlu mendapat keterangan lanjut kepada doktor berhubung dengan jaundis bayi anda sekiranya berasa ragu-ragu.

2. Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

3. Sesetengah bayi mungkin perlu dirawat di bawah lampu fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. 

Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 


4. Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat. 

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah. 

Kebiasaannya, jururawat dari klinik akan datang melawat ke rumah ibu-ibu yang baru lepas bersalin, sekiranya jururawat mendapati bayi anda menghidpai jaundis, anda perlu la segeran untuk ke klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan tahap jaundis bayi anda.

Jangan ambil ringan ye masalah jaudis bada bayi ni kerana sekiranya jaundis bayi melebihi had yang ditetapkan, bayi perlu menukar darah dan sekiranya ibu bapa gagal untuk mengesan masalah ini, ia boleh memberi kesan pada sistem organ dan otak bayi.

Semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat untuk semua 😊

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...